Wednesday, August 17, 2011

kongsi2 citer dari FB..sangat syokk...^^


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...


*citer ni saya petik dari satu group lam fb saya...:)
trime kasih sudi membaca...^^

Thursday, August 4, 2011

Puasa lagi kite...(^_^)

Salam Ramadhan kareem kepada semua sahabat2 yang telah sudi dan sanggup meluangkan masa untuk membaca sedikit perkongsian yang moga2 diharapkan dapat memberikan kita seberapa banyak kebaikan...mcam mna puasa kita hari ini??:) jangan biarkan puasa kita itu kurus dengan melakukan banyak perkara2 yang melalaikan...sesungguhnya bulan ini memberi kita banyak peluang untuk kita menambahkan lagi amalan kita untuk kita bawa ke akhirat kelak....^^

Allah SWT telah berfirman di dalam kitabNya yang Agung....
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu.semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa..."-Al-Baqarah:183..

marilah kita renungkan bersama kalam Allah yang sangat sinonim dengan bulan Ramadhan ini....ayat tersebut menunjukkan objektif kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini....semoga kita menjadi orang2 yang bertaqwa...itulah matlamat  sebenar2nya kita berpuasa.....sejauh manakah objektif itu telah dicapai??sama2lah kita memberi peringatan sesama kita agar kita betul2 memanfaatkan Ramadhan kali ini kerana belum tentu kita akan sempat untuk bersua dengan  Ramadhan yang akan datang...

Ketahuilah wahai sahabatku semua...sepanjang bulan  ramadhan itu,dibuka segala pintu Syurga seluas2nya dan ditutup semua pintu2 neraka serapat2nya....dan dibelenggu segala syaitan...jika dulu "godaan syaitan" selalu menjadi alasan jika melakukan perkara2 yang melalaikan,tetapi dalam bulan puasa ini,semua syaitan telah dibelenggu....kita hanya perlu menewaskan hawa nafsu kita sahaja....sungguh,hawa nafsu itu dapat ditundukkan dengan kita berpuasa...memang terasa kesukarannya itu kerana syaitan telah mendidik nafsu kita selama sebelas bulan...sukar untuk berubah itu tidak bermakna tidak boleh berubah....tetapi ia memerlukan sedikit pengorbanan dan usaha untuk menjayakannya....jadi,janganlah kita cepat mengalah dan bertangguh jika kita terasa ingin melakukan perubahan kearah yang lebih baik...^^

Kutiplah sebanyak mana kebaikan yang sempat kita kutip dalam bulan yang sangat berkat ini...Allah tidak akan mengurangkan amalan2 yang telah kita lakukan...malah Allah mengurangkan dosa2 yang telah kita lakukan...baik kan Allah??:) Allah itu maha Pemurah...jadinya...janganlah kita jemu untuk memohon ampun kepada Illahi...lebih2 lagi pada bulan puasa ini...sedarlah yang kita terlalu banyak buat salah kepada Allah...tidak lupa juga dosa kita  kepada sesama makhluk...renung2kanlah peringatan yang tidak seberapa ini...pesanan untuk diri sendiri jugak...mungkin nampak biasa..tetapi sangat berguna bagi orang2 yang beriman.....

Mungkin sampai di sini sahaja dulu buat kali ini...semoga di panjangkan umur untuk diri ini meneruskan lagi kehidupan dan memberi peringatan kepada diri dan sahabat2 yang sangat sy sayang ni....:) moga2 Allah permudahkan segala urusan....insyaAllah....semoga bertemu lagi....selamat berpuasa kawan2...wassalam..v(^_^)v


~~PeNO0Ff~~

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem.....:)

Alhamdulillah....syukur yang tidak terhingga diri ini panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya  dapat lagi aku bersua dengan bulan yang penuh barakah ini.....sungguh diri ini amat menantikan kedatangan bulan Ramadhan ini....terasa amat beruntung bila dapat menjalani kehidupan dalam bulan puasa ni....kerana di dalamnya terdapat sejuta permata..bukan sejuta,malah tak terkira banyaknya permata di dalam bulan ini....harapan diri..moga-moga dapatlah diri ini mengutip sebanyak mungkin permata untuk dijadikan bekalan akhirat kelak....selamat berpuasa ye sahabat2....^^

Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan yang terdapat dalam bulan ini...memang terlalu banyak...bulan ini diibaratkan sebagai bulan bonus bagi orang-orang yang beriman....berlipat-lipat kali ganda ganjaran bagi sesiapa yang melakukan kebaikan.....mcam orang yang bekerja,bila dapat bonus,mesti sonok kan...same la mcam orang Islam...orang Islam pon ad jugak bulan bonus..bulan untuk menambahkan lagi pendapatan untuk dibawa ke akhirat kelak..agar tidak papa kedana di sana....janganlah kita melepaskan pluang yang tersedia ini..amat rugilah bagi sesiapa yang tidak tahu akan kebaikan bulan ini....dan bagi yang mengetahui,sebar-sebarkanlah kebaikan yang terdapat dalam bulan yang penuh barakah ini agar segala kebaikan itu dapat kita kecapi bersama....^^

Kita harus ingat,pada bulan ini,syaitan sudah dibelenggu...tiada lagi alasan "godaan syaitan" dalam bulan ini...semuanya bergantung pada iman kita....kita mesti lah melawan nafsu kita dengan bsungguh-sungguh...nafsu kita dapat ditundukkan dengan berpuasa....berpuasalah dengan penuh keimanan...agar kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa...Nabi pernah bersabda...ramai umatnya yang perpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga....rugikan klau mcam tu....sepatutnya kita dapat sejuta permata sepanjang kita berpuasa...untuk renungan bersama...^^

Mungkin sampai di sini sahaja dlu untuk kali ini....banyak lagi urusan yang perlu dibereskan...diri ini mendoakan agar Ramadhan kali ini dapat memberi sejuta pengajaran dan berkat buat sahabat2 sekalian...
mohon kemaafan jika terdapat kesalahan yang diri ini telah lakukan....selamat berpuasa semua....
Wassalam.....(^__^)

Saturday, July 16, 2011

ingatan bersama.......

Hari silih berganti....minggu berganti minggu......usia kita semakin meningkat....masa itu sentiasa pergi jauh meninggalkan kita tanpa sebarang petanda...hanya orang yang betul-betul menghargai masa akan merasai itu semua....ap yang dilakukan hari-hari mestilah di muhasabah..agar kehidupan pada hari seterusnya menjadi lebih bermakna....pesanan ikhlas yang terbit dari lubuk hati yang penuh noda...sungguh...putih itu mudah tercemar...tetapi..kita harus sedar yang noda itu dapat dibersihkan....jadi,janganlah kita berputus asa dalam mencari rahmat Illahi...

Menjadi seorang hamba Allah yang sangat lemah pastinya akan dihidangkan dengan pelbagai ujian yang sangat menguji keimanan....janganlah kita mengalah dalam menghadapi ujian yang sebenarnya terkandung pelbagai hikmah di sebaliknya....insyaAllah...Allah bersama kita dalam mengharungi ujian itu.....

Ingat...fitrah kita sebenarnya bersih dan suci....kita yang mencorakkan jalan hidup kita...ke kiri atau ke kanan...moga kita bijak dalam memilih haluan hidup kita kerana kita harus sedar yang kita ni hidup dalam masyarakat....bukan kita sahaja yang menghuni dunia yang fana ini...berbuat baiklah sesama insan..ingat,sekali kita khianati sesorang,kita akan kehilangan kepercayaan orang itu mungkin untuk selama-lamanya....

Kesedaran yang lahir dari dalam diri kita adalah satu anugerah kerana bukan semua manusia dapat merasai diri itu sedang melakukan kesalahan....alangkah bertuahnya jika kita sedar akan kesalahan kita,kerana di situ menggambarkan yang kita ini masih lagi diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik...biar kita berubah sikit demi sedikit,tetapi konsisten berbanding kita berubah dengan drastik,tetapi hanya untuk seketika.....amat rugilah seseorang itu yang hari nya lebih buruk dari semalam..dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.......

Wahai sahabat sekalian,,,,,marilah kita sama-sama sedar...celik mata hati kita....ke manakah kita selepas ini....apakah pengakhiran kita....apakah destinasi kita yang paling akhir....moga sahabat semua dalam naungan rahmat yang Maha Kuasa......amiin ya Rabbal a'lamiin.....

Thursday, June 23, 2011

santai-santai..~~~

Assalamua'laikum kepada pembaca post ku kali ini.......semoga kalian semu dalam keadaan yang sangat2 sihat hendaknye..:)segunung kesyukuran ku panjatkan kepada Illahi...dapat lagi diri ini menghirup udara yang dibekalkan yang Maha Agung...selawat dan salam ke atas penghulu kami...Muhammad bin Abdullah SAW....

ntah kenapa terasa ingin menghiasi blog ku ini...setelah sekian lame blog ni ku biarkan tanpa entri2 yang baru....
kali ini takde la nak kongsi ap2 sangt...juz saje nak hilangkan bosan...:)

hari sabtu ni merupakan hari yang bersejarah buat salah sorang mmbe skolah ku...da nak nikah da dia...takpe la..jodoh da sampai la tu...Alhamdulillah....orang kate perkahwinan itu indah.maka cepat2kan la menikah bile da mampu...:)jadi...bersempena hari bersejarah mmbe ku itu,aku da berpakat nak balik trganu...nak meraikan mjlis dye..moga Allah permudahkan perjalanan ku ngn kwan ku esok...:)mcam excited la plak...buat mawaddah dan bkal suami..barakAllahulakuma wa barak 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.....^^

esok plak ad kuiz....tapi aku mcam tk fikir da kuiz...pape pun kuiz tetap penting....da la ni final sem..kena la buat betol2 arif...haha.....ngarutt2.....:)sori la ek lau pembace post ni tk dapat ap2 mnfaat...hehe...saje je....

emm...takpe la...tak baek kita tak bagi hak mata kite untuk berehat....zalim nme nye kite lau kite tak tunaikan hak mate kite..oleh itu....jom la pkat2 tido awl..hehe....

andai ad salah silap kat korang,mohon ampun dan maaf....diri ini sangat hina...selalu melakukan kesilapan....tetapi diri ini tak pernah lupa untuk mmperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik....moge Allah permudahkan....amiin...:)untuk kalian juga,moge Allah bersama kamu semua dalam menjalani kehidupan yang penuh ranjau ini....:)wallahu 'alam....

~~PeNoFf...~~^^

Sunday, June 12, 2011

Rindunya Allah pada hambaNya.....

Assalamua'laikum....Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilalhi kerana diberi lagi peluang untuk diri ini mengisi lagi kekosangan mase dengan sesuatu yang berfaedah...:) masa itu sangat penting...take note ye...^^

Rindu itu merupakan satu perasaan yang sangat subjektif..ia lahir tanpa dipaksa...tidak dapat dinafikan lagi,setiap insan pasti akan merasakan perasaan ini....indah jika mengalaminya...tetapi lebih indah dan bermakna jika rindu kita itu pada yang Esa...Allah SWT juga rindukan hamba-hambaNya...5 kali sehari kita akan mndapat panggilan dariNya untuk sujud kepadaNya....Allah menunggu hamba-hambaNya dengan penuh rasa kasih sayang.....tetapi,,adakah kita segera untuk pergi dan sujud kepadaNya??tidak rindukah kita pada Allah??tidak ada rasa bersalahkah jika kita melewat-lewatkan solat??

Sebagai contoh,.sepasang kekasih yang telah berjanji untuk bertemu di sesuatu tempat,pasti salah seorang itu akan segera ke tempat yang dijanjikan apabila telah tiba masanya...kadang-kadang sebelum tiba masanya pun,salah seorang itu mesti sudah menunggu di tempat tersebut...cuba kita lihat..beginikah kita terhadap pencipta kita??adakah sebelum smpai waktu solat kita sudah menunggu di tikar sembahyang??ataupun bila waktu dah nak habis baru kita terhegeh-hegeh nak ambil wudhu'??

Jom kita sama-sama muhasabah diri kita...muhasabah itu penting bagi diri kita kerana dari situlah kita sedar akan kesalahan kita...kadanag-kadang orang lain tu takut nak tegur kesalah kita..jadi sampai bile2 pun kita tak sedar yang diri kita tu salah...kesalahan itu perlu dibaiki dan dibetulkan...jadilah kita insan yang lebih baik dari hari semalam dan berusaha untuk jadi lebih baek pada untuk hari esok...^^

.::~islam itu sangat indah~::.

Sunday, May 1, 2011

HalW@ tELinGa...=)



Hatiku merayu rindu

Kasihku pada-Mu syahdu

Munajat hamba padamu

Mengharap kasih sayang-Mu



Carilah ilmu mengenal Allah

Tanamkan takut neraka Allah

Semaikan harap syurga Allah

Carilah keredhaan Allah



Rinduku ya Rasullullah

Padamu ya Habiballah

Engkaulah buah hatiku

Engkaulah kekasih Allah



Alangkah indah peribadimu

Tidak tergambar mulia akhlakmu

engkaulah rasul pilihan Allah

Bawa rahmat seluruh alam



My heart is loving You

My heart is juat for You

Knowing You... Allah

I will try ti get close to You



Let us find the way to know our God

Feel the tortures of hell's fire

Think of pleasures of paradise

Find the way to get Allah's love



Hatiku merayu rindu

Kasihku pada-Mu syahdu

Bertemu Allah yang Esa

Menjadi idaman kalbu.

lagu:-Rayuan Rindu
artis:-Raihan...=)

Ni saje-saje nak kongsikan lirik lagu..bagi saya lagu ni sangat bez..lirik lagu yang menarik dan lagu yang menenangkan...wlaupun da lame,tapi,tidak jemu mendengarnya..:)dalam Islam,hiburan itu tidak di haramkan...tetapi Islam itu mengawal hiburan.....tetapi,kita hendaklah memastikan hiburan yang kita pilih tu tidak bercanggah dengan syariat Islam....=)

Selamat berhibur....:)




berwaspadalah dengan mulut kita...



Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan. (HR. Tirmidzi)..

Sebar2kan kepada sahabat dan saudara kita..moge dengan usaha2 kita itu dapat memberikan seribu manfaat buat kita..dan juga kpda orang lain...jagalah mulut dan juga kemaluan kita daripada melakukan perkara-perkara yang dapat menghumban diri kita ke dalam neraka Allah SWT...ketahuilah..amat seksa sekali azab Allah di akhirat kelak...jadi..janganlah kita menempah untuk merasai betapa seksenya azab Allah itu..
ingat...diam itu lebih selamat...
selamat beramal...=)
 wallahu 'alam...

Sunday, April 10, 2011

jom buat baek..jangan buat2 baek..=)


                      
Dengan tanpa ragu-ragu...aku membesarkan nama Allah di atas kehebatan dan kesempurnaanNya yang tiada tolak bandingnya....maha suci Allah juga yang telah menjadikan sekalian alam dengan penuh teratur dan penuh hikmah..selawat dan salam ke atas junjungan besar;Muhammad bin Abdullah S.A.W...


Assalamua’laikum W.B.T buat teman2 dan sahabat seperjuanganku di luar sana..smoga setiap nafas yang anda sedut itu anda manfaatkan ke jalan Illahi...=)

Hanya sebagai perkongsian yang ringan dan mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita...sama2lah kita berdoa kapada yang Maha Kuasa agar diberi kekuatan dalam menegakkan agamaNya di dunia yang fana ini..sesungguhnya berjayalah orang2 yang bertaqwa....


Semalam,setelah menghadiri satu forum di bukit jalil..---ttpi smpai lewat krana bnyak msalah---ap yang  saya ingin kongsikan di sini ialah ap yang diperkatakan seorang hamba Allah...nazrey johani nama nya..(bekas kumpulan Raihan)..dia memetik sebuah hadis drp bginda Rasullullah S.A.W..ajaklah manusia kepada kebaikan wlaupun diri sendiri tidak sempurna...(mungkin terjemahan nie salah,tpi nie lah isinya..)jika kita renung2kan..tiada sebab untuk kita tidak mengajak orang di sekeliling kita untuk melakukan kebaikan..Nabi Allah Muhammad telah menyuruh kita untuk kita mengajak orang selain kita untuk melakukan amal soleh..banyak kebaikan yang akan diperolehi,bukan hanya pada diri kita,malah pada orang yang kita ajak itu..kita juga akan merasai  satu perasaan yang sangat damai di dalam hati kita..perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...boleh cuba klau tak percaye..=)tetapi ap yang ingin di ingatkan,kita juga mestilah praktikkan pada diri kita dahulu sebelum kita ajak orang lain..Allah amat murka pada sesiapa yang mnyuruh orang melakukan kebaikan,tetpi diri sendiri tidak melakukannya....na’uzubillah....mintak jauh semua nie..terutama pada diri ini..janganlah hanya pandai bermadah semata-mata....insyaAllah...kan kita semua nak masuk syurga....(tringt citer;saya nak ke syurga bersama abang)...hehe

Sangat ringkas apa yang dikongsikan pada kali nie....takpe..biar ringkas..asal dapat memberi manfaat pada semua orang...klau panjang2,tapi meleret2..tkde isi,xleh jugak..buang masa orang membace...=) semoga kita panjang2kan kepada sahabat yang lain..dan dapatlah kita amalkan bersama...semoga nikmat islam dan iman yang kita perolehi,tidak disia2kan begitu sahaja..insyaAllah..=) mohon maaf di atas segala kekurangan semasa penulisan ku ini...semua yang baek itu datangnya dari Allah S.W.T,.yang buruk itu juga datangnya dari Allah dan diterjemahkan melalui penulisan sy ini.....^^


Bersama renungkan nikmat kurniaan Illahi...moge dapat tingkatkan iman kita ke tahap maksimum...amiinn ya rabbal a’lamiin...=)

Friday, April 8, 2011

jom renungkan bersama...(^_^)

Maha suci mu yaAllah yang telah menjadikan alam ini dengan sempurna dan penuh hikmah..aku hamba yang kerdil ingin berkongsi sesuatu yang diharapkan dapat memberi berbilion2 manfaat untuk sahabat2 ku di luar sana..tk lupa juga buat diri ini yang tidak pernah lekang dari melakukan dosa kpdMu.....


            Alhamdulillah dengan izin Illahi,dapat juga sy mluangkan mse untuk mengisi laman blog ini dengan sesuatu yang diharapkan dapat memberi manfaat untuk semua orang...baru ku taw,bukan senang lau da ad blog nie..tak boleh ad rase malas dalam diri..hehe....smoge Allah mngurniakan sft rjin dlam diri shabat2 dan juga untk diri ini..=)


            Dalam mnjalani khidupan sehari-hari,sudah pasti kita akan dihidangkan dgn plbagai msalah yang akan melatih kita untk mnjadi insan yang lebih mtang...ttpi..masalah juga kadang2 dapat mmberi satu prasaan yang kurang senang dalam diri kita..hati akan jadi tak tenang..resah..tak kena itu ini.....klau anda,ap yang akan anda lakukan untuk mendamaikan hati yang resah itu??pelbagai jwapan yang akan kita dapat kan...sebbnya prkara ni sebenarnya terlalu subjektif....cari lah jalan yang terbaik untuk mngubati hati ini krana hati ini sgt bhrga....ia nya sgumpal darah di dalam diri mnusia dimana jika ia baik,maka baik lah kseluruhannya..jika buruk ia,maka buruk lah keseluruhannya... Marilah kita renungkan..bagaimana hanya segumpal darah dapat mmpngaruhi seluruh diri kita..jadi dengan yang demikian,ambil lah langkah yang paling tepat dalam mngubati hati yang lara....dengan hanya mengingati Allah,hati akan mnjadi tenang...satu solution yang sangat simple..jadi marilah kita semua  renungkan..jangan renung je...ambil la kesmpatan ini..slagi kita masih lagi hidup di atas muka bumi Allah  ini,ingtlah kpdNya...sesngguhnya,amat beruntunglah bagi sesiapa yang mndahulukanNya daripada segala2nya...=)..-pesanan untuk diri ini juga-


            Duhai sahabat yang disayangi Allah sekalian...jaga lah hati kita daripda malakukan perkara2 yang dapat menodai hati...sesngguhnya hati ini ibarat kain putih,dan maksiat2 itu ibarat titik2 hitam yang akan mengotori hati itu..marilah kita renungkan bersama..sepanjang kita bernafas di alam ini,bnyak mnakah titik2 hitam yang telah menodai hati kita??tidak mahukah kita kembali kpdaNya dalam keadaan yang suci agar kita dapat menikmati keindahan syurga Illahi yang menjadi dambaan semua orang....ayuh sahabat..!!bangkit dan suhut lah seruan Illahi...moge syurga Allah yang menjadi matlamat kita semua...insyaAllah...!!fikir..renungkan...dan brubah lah kearah yang lebih baik..^^v moga2 Allah permudahkan segala urusan kita..amiin.......


~~pen oFF~~

Monday, April 4, 2011

3 macam perkara yang tidak perlu difikirkan........(^^,)

Dengan nama Mu ya Allah..Tuhan sekalian makhluk di langit,darat dan juga di lautan..

Aku hambaMu yang sgt kerdil dan lemah ingin memohon sejuta keberkatan di atas apa yang akan aku kongsikan kali ini......

Alhamdulillah...dengan izinNya dapat lagi aku meluangkan masa untuk berkongsi sesuatu yang diharap dapat memberi bukan seribu malah mungkin sejuta manfaat buat umat manusia sejagat...insyaAllah....mungkin pada kita perkara yang saya akan kongsikan ini kelihatan simple...tapi ambil lah pengajaran sebanyak mana yang mungkin....moga2 kita dapat menjadi hambaNya yang mendahulukanNya daripada segala2nya.....

Dalam menjalani kehidupan seharian kita,macam2 perkara yang kita bimbangkan....tetapi adkah perkara yang kita bimbangkan itu dapat memberi manfaat untk kita??memang menjadi lumrah manusia mempunyai perasaan bimbang terhadap sesuatu perkara.....first skali....jangan lah kita sesekali  bimbangkan akan menjadi miskin......bukan lah tak leh bimbang langsung..tapi terrrlalu bimbng akan kemiskinan adalah satu keadaan yang sgt tidak sihat...kita akan mnjadi resah gelisah...buat tu tk kena..buat ni tak kena..sebbnya asyik duk bimbangkan kemiskinan...hanya orang yang bijak sahaja dapat menangani masalah seperti ini....dia tahu yang Allah sahaja yang memberikan rezeki kpd nya....jadi berusaha,berdoa dan bertawakkallah kedapa Allah yang Esa agar dimurahkan rezeki kpda kita semua...biarlah kita miskin di dunia...jgn lah kita papa kedana di Akhirat yang abadi......ingt tu...!!

Perkara yang lain yang tidak perlu kita terlalu fikirkan ialah..perbuatan jahat orang terhadap diri kita.....elakkanlah diri kita daripada terus memikirkan hal ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak msalah kepada diri kita dan juga pihak yang lain...terlalu jelas kenapa kita ditegah untuk memikirkan perkara ini...ia akan menambahkan lagi rasa benci kita trhadap orang yang telah menyakiti kita...secara tidak langsung,pergaduhan dan persengketaan antara sesama umat Islam itu  sendiri boleh terjadi...ambil lah sejuta tauladan drpda mnusia yang palng agung;Muhammad bin Abdullah S.A.W...baginda terlalu pemaaf orang nya dan terlalu tinggi nilai kesabaran baginda..mengapa kita tidak boleh mengambilnya sbagai satu pengajaran.....ingatlah wahai diri dan juga teman2...tidak kuat seseorang itu jika dia tidak dapat menahan amarahnya sendiri........

Sahabat2 yang saya kagumi sekalian...seterusnya,janganlah kita selalu fikirkan untuk terus hidup di Dunia yang fana ini...amat rugilah seseorang itu sekiranya dia jatuh cinta kepada perhiasan dunia yang hanya sementara sifatnya....sangat2 rugi....mcammne dikatakan jtuh cinta kpda Dunia??sbgai contoh..kita terlalu bimbang jika kita hidup melarat di atas dunia sekarang tanpa kita memikirkan apakah nasiib kita di ahirat kelak..ingat lah sahabat2 yang sy sayangi..akhirat itu abadi..abadi itu kekal selama-lamanya......ya Allah..Tuhan sekalian alam....jauhkanlah diri ini dan juga seluruh umat Islam daripda terus hanyut dibawa arus keduniaan yang hanya sementara ini..jadikanlah akhirat yang abadi sebagai matlamat kami......ya Allah ya Tuhan kami...jadikanlah kami daie yang berfikrah haraki..berjiwa sufi..dan berjasad jundi...semoga dengan itu..dapat kami martabatkan agamaMu di atas muka bumi ini......

Semoga dengan apa yang telah saya kongsikan ini dpat memberi sebanyak mungkin manfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita...sebagai peringatan terakhir untuk kali ini..ingatlah...dunia ini penjara bagi orang muslim yang mukmin.....(-_-)mohon seribu kemaafan jika terdapat kekasaran dalam perkongsian kali ini.....wassalam.....(=

            

Sunday, April 3, 2011

kasih sayang......(^^,)

Asslamu’alaikum w.b.t...Alhamdulillah..ad jugk ruang untuk diri ini mencoretkan sesuatu pada blogku kali ini....maklumlah..orang tak penah2 berblog..ni gatal2 nak men blog...huhu...tapi bnyak jugak faedah yang blh kita dapat lau kita pandai gunakannya....faedah yang sgt2 berguna untk dri kita dan juga orang lain...insyaAllah....


Kalimah yang biase di dgr oleh semua orang..kasih sayng...so simple...tapi penuh bmakne...makne yang boleh diungkapkan dalam pelbagai bentuk...kasih syg nie sgt subjektif..pelbagai pendapat yang orang blh lontarkan berkenaan kasih syg nie...bgaimana pula jika kita bercakap mengenai nilai sebuah kasih syg.....contoh yang sgt mudah dan insyaAllah dapat membuka mata hati kita semua...Allah s.w.t sgt kasih kpd hamba2 Nya...pernyataan yang semua orang tk dapat sangkalkan lagi...tetapi...ap yang berlaku dalam dunia realiti skarang,segelintir msyarakt masih lagi membutakan mata nya terhadap kasih syg Illahi...sgt malang bagi sesiapa yang tidak bersyukur terhadap nikmat yang dikecapi skarang.....[pesanan buat diri juga,..]...jika kita renungkan balik..nikmat yang Allah limpahkan kepada kita itu adalah tanda kasih sygNya kpda kita..tetapi knapakah kita masih lagi ingin mendustakan nilmat yang telah Allah limpahkan kpada kita....sedarlah diri dan shabat2 skalian...sgt mudah untk bertrma kasih kpdNya...lakukan apa yang di suruh...serta jauhi dan tingglkan ap yang dilarang....mudah kan...tpi susah untk kita lakukan..biasalah tu...bila nak buat baek ni.ad je yang mghalang..tpi..jika kita berjaya lepasi  hlngan trsebut..satu knkmatan yang sgt besh yang kita akan kecapi...=)..maka..jgn mudah untuk mngalah dalam melakukan perubahan.....=)

Jika nak di huraikan lagi berkenaan dgn kasih syg nie,memg  sgt pnjang dan akan makan masa yang sgt lama...sy da pon bagi satu contoh yang mudah untuk dijadikan sebagai renungan kita semua...lau nak ikotkan,memg bnyak lagi la....kasih syg mak ayah terhadap kita semua...kasih syg shabat kita terhadap kita...da mcam2 lagi la...satu formula yang sgt simple...berbuat baiklah terhadap orang yang mengasihi kita dan juga orang yang mmbnci kita...moge2 halawatul iman dapat kita kecapi bersama....insyaAllah...^^v

Thursday, March 24, 2011

bila sebut Dunia.....


Dengan mengharapkan redhaMu ya Rabb...aku memulakan penulisan ku ini agar dapat di jadikan peringatan kepada sekalian shabat2 ku di luar sana....


mohon ampun dan maaf sekiranya cara penulisanku ini kurang menarik kerana  diri ini baru sahaja memulakan sesuatu yang baru dalam hidupnya;berblog...hehe


Bila kita sebut je dunia...mcam2 perkara yang akan kluar dari kotak pemikiran kita..harta melimpah ruah...rumah besar...kerje besar...gaji pun nak besar...bini taknak plak besar..haha...tapi the point is sume orang inginkan kesenangan dan kemewahan...

memang tak salah untuk kita hidup senang...Islam juga menggalakkan umat nya supaya menjalani hidup yang senang agar dapat berbakti kepada orang lain....tetapi....adakah kita menggunakan nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin??pernah kah kita menolong orang2 yang sedang dalam kesusahan??soalan yang sama ditujukan kepada penulis.....-_-.....sedarlah wahai diri dan shabat2...jadilah orang yang selalu berbakti kepada oran lain...biar lah orang selalu menyakiti kite pun...kita balas la dengan kebaikan..moge2 dengan ap yang kita lakukan dapat menyedarkan ramai orang.......insyaAllah...

Dan ingatlah..perkara yang sepatutunya dikejar ialah akhirat yang abadi.....kutiplah sejuta permata di sepanjang perjalanan mu ini...janganlah sia2kan hidupmu yang hanya sekali ini....pesanan juga buat diri ku ini...

insyaAllah keredhaan Allah yang menjadi matlamat kita..betulkan niat..kuatkan semangat..tingkatkan iman..dan burulah syahid Illahi.....
wallahu'alam......


Sunday, March 20, 2011

Alhamdulillah...setelah sekian lame da ada blog tapi tak bkesempatan untuk mengisinya,akhirnye terdetik jua di hati ini untuk menghidupkannya......=)
tapi tak taw lagi nak share psal ap...hahhaha....